=

Muzium Islam

Muzium Islam

Muzium Islam ditubuhkan pada tahun 1991 beroperasi pada bangunan lama Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) terletak di Jalan Sultan Kota Bharu bersebelahan dengan Masjid Muhammadi, Padang Merdeka dan Memorial Perang Dunia Kedua (Bank Kerapu). Pameran yang diadakan disini ialah koleksi artifak, gambar-gambar, rajah-rajah yang berkaitan dengan sejarah kedatangan Islam ke Kelantan dan juga Nusantara, tokoh-tokoh agama Islam, Jabatan Agama, Majlis Agama Islam Kelantan dan berbagai koleksi dari Negara-negara Islam.

Pada masa ini Replika Mumia Firaun dan Kerandanya ada dipamerkan di tingkat atas Muzium Islam.

Tiket masuk bagi Dewasa ialah RM 2.00, manakala bagi Kanak – Kanak ialah RM 1.00.

Ikuti perkembangan terkini mengenai Muzium Negeri Kelantan dengan "like"  FB Page https://www.facebook.com/perbadananmuziumnegerikelantan/  atau jadi rakan fb Muzium Negeri Kelantan di https://www.facebook.com/muzium.kelantan.35

 

Muzium Perang (Bank Kerapu)

Memorial Perang Dunia Kedua (Bank Kerapu)

Bangunan yag diisikan dengan Peringatan Peperangan Dunia Kedua ini ditubuhkan pada tahun 1991 terletak di Jalan Sultan bersebelahan dengan Padang Merdeka. Bangunan ini asalnya bank The Mercantile Bank of India Limited yang beroperasi pada tahun 1912. Tahun 1981 Kerajaan Negeri Kelantan mengambil alih bangunan tersebut bagi kegunaan PMNK dan tingkat atas dijadikan Dewan Kraftangan. Tahun 1991 ditubuhkan "Memorial Perang Dunia Kedua” dan digunakan sepenuhnya sebagai tempat pameran kesan-kesan sejarah peperangan Dunia Kedua (1941-45) oleh PMNK.

Muzium ini mempamerkan artifak, gambar-gambar mengenai sejarah peperangan Dunia Kedua secara ringkas khususnya di Negeri Kelantan yagn merupakan permulaan Perang Dunia Kedua di Tanah Melayu bermula di Kuala Pak Amat Kota Bharu pada awal 8 Disember 1941 dengan menerima serangan pertama tentera Jepun.

Tiket masuk bagi Dewasa ialah RM 2.00, manakala bagi Kanak – Kanak ialah RM 1.00. Bermula dari 18 Disember 2017 hingga 18 Januari 2018 Muzium ini ditutup bagi penyelenggaraan.

Ikuti perkembangan terkini mengenai Muzium Negeri Kelantan dengan "like"  FB Page https://www.facebook.com/perbadananmuziumnegerikelantan/  atau jadi rakan fb Muzium Negeri Kelantan di https://www.facebook.com/muzium.kelantan.35

  • myGOV
  • Kerajaan Negeri Kelantan
  • Jabatan Perkhidmatan Awam
  • MAMPU
  • MSC Malaysia
  • mySMS 15888
  • MyID