=

Muzium Kuala Krai

Muzium Kuala Krai

Galeri Kuala Krai telah disempurnakan perasmiannya oleh YTM Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra (Tengku Mahkota Kelantan) pada 3 November 2014. Kemudiannya telah ditukar nama kepada Muzium Kuala Krai.

Muzium ini dahulunya adalah sebuah mahkamah majistret Kuala Krai. Terletak dihadapan Majlis Daerah Kuala Krai yang menyimpan artifak mengenai Jajahan Kuala Krai seperti tokoh-tokoh ternama yang berasal dari Kuala Krai, sejarah penubuhan Jajahan Kuala Krai, jenis-jenis batu sempadan mukim, daerah, jajahan, negeri dan negara. Sejarah Cik Siti Wan Kembang juga ada dipamerkan di Muzium Kuala Krai.

Bayaran masuk ke Muzium Kuala Krai ialah RM2 untuk orang dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak. Muzium ini dibuka pada setiap hari kecuali hari Jumaat bermula jam 8.30 pagi hingga 4.45 petang.

Lokasi Muzium Kuala Krai adalah sebagaimana berikut

{google_map}5.530675,102.197791|width:800|height:400|zoom:16{/google_map}

Ikuti perkembangan terkini mengenai Muzium Negeri Kelantan dengan "like"  FB Page https://www.facebook.com/perbadananmuziumnegerikelantan/  atau jadi rakan fb Muzium Negeri Kelantan di https://www.facebook.com/muzium.kelantan.35

Muzium Negeri

Muzium Negeri

Muzium ini telah ditubuhkan pada tahun 1990 bertempat di bangunan lama Majlis Perbandaran Kota Bharu, Jalan Hospital yang telah diwartakan sebagai salah sebuah bangunan bersejarah dibawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 (AKTA 645)

Muzium Negeri telah dirasmikan pembukaannya oleh KDYMM Al-Sultan Kelantan pada 6 Ogos 1990. Muzium Negeri terletak bersebelahan Bulatan (Medan) Tuan Padang dalam kompleks bangunan Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu. Dalam kompleks yang sama juga terletak Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan (T.I.C).

Bangunan Muzium Negeri Kelantan adalah sebuah bangunan batu. Sebelum dijadikan Muzium ianya merupakan pejabat bagi Majlis Perbandaran Kota Bharu. Bangunan tersebut telah dibaikpulih dan dibuat beberapa perubahan sesuai dengan sebuah Muzium.

Tahun 1988 bahagian dalam bangunan Muzium ini telah diubah dengan menambah setengah tingkat lagi dan menyediakan ruang-ruang untuk membahagikan aliran cerita yang ditetapkan bagi Muzium ini. Aliran pameran Muzium negeri ini ruang awalnya mempamerkan sejarah negeri Kelantan semenjak awal hingga kepada era moden. Pada bahagian setengah tingkat di atas pula diadakan pameran mengenai Seni Budaya Negeri Kelantan termasuklah peralatan permainan wayang kulit, rebana ubi, makyong, menora dan lain-lain. Pada bahagian bawah bangunan pula selain ditampilkan Sejarah Negeri Kelantan ditempatkan juga pejabat am Perbadanan Muzium Negeri Kelantan, Pejabat Pengarah Muzium dan lain-lain bahagian.

Matlamat penubuhan Muzium Negeri ini ialah menampilkan sejarah dan budaya Negeri Kelantan untuk tatapan umum.

Bayaran masuk ke Muzium Negeri ialah RM1 untuk orang dewasa dan RM0.50 untuk kanak-kanak. Manakala pengunjung antarabangsa pula bayarannya ialah RM2 untuk orang dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak. Muzium ini dibuka pada setiap hari kecuali hari Jumaat bermula jam 8.30 pagi hingga 4.45 petang.

Lokasi Muzium Negeri adalah sebagaimana berikut

{google_map}6.124905999999999,102.238259|width:800|height:400|zoom:16{/google_map}

Ikuti perkembangan terkini mengenai Muzium Negeri Kelantan dengan "like"  FB Page https://www.facebook.com/perbadananmuziumnegerikelantan/  atau jadi rakan fb Muzium Negeri Kelantan di https://www.facebook.com/muzium.kelantan.35

Muzium Adat Istiadat (Istana Jahar)

Muzium Adat Istiadat (Istana Jahar)

Muzium Adat Istiadat ini telah ditubuhkan pada tahun 1992 bertempat di Istana Jahar yang merupakan istana tempat bersemayan Almarhum Sultan Ismail Ibni Sultan Muhammad IV (1920 – 1944). Upacara perasmiannya telah disempurnakan oleh Al-Sultan Kelantan pada 27 Julai 1992. Bangunan ini merupakan bangunan yang menjadi hak milik Perbadanan Muzium Negeri Kelantan dan telah diwartakan sebagai bangunan bersejarah Negeri Kelantan pada 2005 (AKTA- 645).

Di sini dipamerkan berbagai jenis Adat Istiadat Diraja Kelantan sejak zaman berzaman. Selain daripada itu, turut dipamerkan juga jenis-jenis tekstil, alat perhiasan diri, pakaian dan barang-barang tembaga untuk tontonan umum generasi kini dan akan datang. Bangunan ini sendiri telah melambangkan senireka bangunan dan hiasan istana kesultanan Kelantan yang terkenal.

Pada bahagian belakang bangunan istana ini terletak Balai Senjata yang mempamerkan alat-alat senjata lama Negeri Kelantan seperti keris, lembing, badik, kelewang dan lain-lain.

Matlamat penubuhan Muzium Adat Istiadat ini ialah memelihara dan mengekalkan bangunan lama yang bersejarah iaitu Istana Jahar dan dalam masa sama menampilkan pengetahuan mengenai adat istiadat Diraja di zaman dahulu.

Bayaran masuk ke Muzium Adat Istiadat ialah RM2 untuk orang dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak. Muzium ini dibuka pada setiap hari kecuali hari Jumaat bermula jam 8.30 pagi hingga 4.45 petang.

Lokasi Muzium Adat Istiadat adalah sebagaimana berikut

{google_map}6.131544,102.237121|width:800|height:400|zoom:16{/google_map}

Ikuti perkembangan terkini mengenai Muzium Negeri Kelantan dengan "like"  FB Page https://www.facebook.com/perbadananmuziumnegerikelantan/  atau jadi rakan fb Muzium Negeri Kelantan di https://www.facebook.com/muzium.kelantan.35

Muzium Diraja (Istana Batu)

Muzium Diraja (Istana Batu)

Istana ini pernah menjadi tempat persemayaman Almarhum Sultan Yahya Petra Ibni Almarhum Sultan Ibrahim, semasa Baginda sebagai Tengku Mahkota Kelantan. Dibina pada tahun 1939 iaitu pada zaman pemerintahan Almarhum Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Muhammad IV. Istana ini telah mencatat satu lagi sejarah apabila keluarga Almarhum Sultan Yahya Petra mengampuni perkenan meminjamkan bangunan ini dijadikan sebagai 'Muzium Diraja' dan telah dirasmikan oleh KDYMM Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra pada 25 Julai 1991.

Di muzium ini mempamerkan Sejarah Kesultanan Kelantan sejak awal hingga sekarang termasuk salasilah, penulisan-penulisan, rajah-rajah, gambar-gambar, pakaian-pakaian rasmi, barang-barang hadiah dan lain-lain yang berkaitan dengan Kesultanan Kelantan.

Muzium ini terletak di Jalan Hilir Kota iaitu berhampiran dengan Istana Balai Besar dan Muzium Kraftangan manakala bahagian belakang terdapat Masjid Muhammadi (Masjid Negeri). Kawasan ini dikenali Zon Budaya yang meliputi bangunan-bangunan bersejarah lain. Perhubungan dengan pusat bandar Kota Bharu juga amat mudah serta berhampiran dengan pusat membeli belah Pasar Siti Khadijah dan Bazar Buluh Kubu.

Matlamat penubuhan Muzium Diraja ini ialah menjadi penghubung rapat antara rakyat dan raja yang memerintah Negeri Kelantan sejak dahulu lagi. Ia juga satu pendedahan kepada umum mengenai aktiviti-aktiviti Al-Sultan, Raja Perempuan dan keluarga Diraja seluruhnya dalam membangunkan negeri ini. 

Bayaran masuk ke Muzium Diraja ialah RM1 untuk orang dewasa dan RM0.50 untuk kanak-kanak. Manakala pengunjung antarabangsa pula bayarannya ialah RM2 untuk orang dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak. Muzium ini dibuka pada setiap hari kecuali hari Jumaat bermula jam 8.30 pagi hingga 4.45 petang.

Lokasi Muzium Diraja adalah sebagaimana berikut

{google_map}6.132109,102.237319|width:800|height:400|zoom:16{/google_map}

Ikuti perkembangan terkini mengenai Muzium Negeri Kelantan dengan "like"  FB Page https://www.facebook.com/perbadananmuziumnegerikelantan/  atau jadi rakan fb Muzium Negeri Kelantan di https://www.facebook.com/muzium.kelantan.35

Muzium Kraftangan

Muzium Kraftangan

Bangunan Muzium ini siap dibina pada 9 Mac 1991 dan kemudiannya dikenali sebagai Kampung Kraftangan. Ia terletak di sebelah Jalan Hilir Kota bersebelahan dengan Istana Balai Besar.

Muzium Kraftangan dirasmikan oleh DYMM Raja Perempuan Kelantan pada 27 Julai 1991. Ia menjadi satu langkah awal dalam pembangunan semula industri kraftangan Kelantan di samping mempamerkan bahan-bahan kraftangan yang telah dilupakan oleh sesetengah golongan muda pada ketika ini. Antara koleksi-koleksi yang terdapat di sini ialah anyaman beraneka jenis, berbagai corak batik juga dengan sulaman dan tenunan songket.

Bangunan ini menonjol keistimewaannya dari segi rekabentuk tradisi dengan menggunakan ukiran-ukiran bunga tempatan. Bahan-bahan mentah pula boleh dikatakan keseluruhannya dari Negeri Kelantan sendiri seperti buluh, kayu, atap dan lain-lain lagi. Di sini juga terkumpulnya hasil seni buatan tangan masyarakat Melayu Kelantan sama ada untuk jualan mahupun pameran.

Matlamat penubuhan Muzium Kraftangan ini ialah memperkenalkan sejarah dan seni kraftangan di Negeri Kelantan melalui pameran. Adalah diharapkan juga akan menjadi pusat kajian dan penyelidikan mengenai kraftangan, kesenian dan warisan budaya Kelantan.

Bayaran masuk ke Muzium Kraftangan ialah RM2 untuk orang dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak. Muzium ini dibuka pada setiap hari kecuali hari Jumaat bermula jam 8.30 pagi hingga 4.45 petang.

Lokasi Muzium  Kraftangan adalah sebagaimana berikut

{google_map}6.132105,102.237967|width:800|height:400|zoom:16{/google_map}

Ikuti perkembangan terkini mengenai Muzium Negeri Kelantan dengan "like"  FB Page https://www.facebook.com/perbadananmuziumnegerikelantan/  atau jadi rakan fb Muzium Negeri Kelantan di https://www.facebook.com/muzium.kelantan.35

Muzium Islam

Muzium Islam

Muzium Islam dirasmikan oleh KDYMM Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra pada tahun 11 November 1991, ia beroperasi di tapak bangunan lama Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) yang terletak di Jalan Sultan, Kota Bharu bersebelahan dengan Masjid Muhammadi, Padang Merdeka dan Muzium Perang (Bank Kerapu).

Muzium ini berfungsi sebagai institusi bagi mengumpul, menyelidik, memelihara dan mempamerkan warisan sejarah sosial budaya masyarakat Islam. Antara koleksi-koleksi pameran di sini ialah artifak, gambar-gambar, rajah-rajah yang berkaitan dengan sejarah kedatangan Islam ke Kelantan-Nusantara, tokoh-tokoh agama Islam, Jabatan Agama, Majlis Agama Islam Kelantan dan berbagai koleksi dari Negara-Negara Islam. Pada masa ini Replika Mumia Firaun dan Kerandanya ada dipamerkan di tingkat atas Muzium Islam.

Galeri pameran di muzium ini menampilkan koleksi muzium dalam bentuk artifak, model, replika dan peta mengenai sejarah dan perkembangan Islam di Negeri Kelantan. Sehingga kini 350 koleksi telah dipamerkan.

Matlamat penubuhan Muzium Islam ini ialah sebagai media dakwah dan pendidikan Islam dengan hasrat menimbulkan rasa cinta dan bangga dengan agama Islam yang dianuti oleh rakyat di negeri ini.

Bayaran masuk ke Muzium Islam ialah RM2 untuk orang dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak. Muzium ini dibuka pada setiap hari kecuali hari Jumaat bermula jam 8.30 pagi hingga 4.45 petang.

Lokasi Muzium Islam adalah sebagaimana berikut

{google_map}6.131633,102.235955|width:800|height:400|zoom:16{/google_map}

Ikuti perkembangan terkini mengenai Muzium Negeri Kelantan dengan "like"  FB Page https://www.facebook.com/perbadananmuziumnegerikelantan/  atau jadi rakan fb Muzium Negeri Kelantan di https://www.facebook.com/muzium.kelantan.35

Muzium Perang (Bank Kerapu)

Muzium Perang (Bank Kerapu)

Juga dikenali Memorial Perang Dunia Kedua ini ditubuhkan pada tahun 1991, terletak di Jalan Sultan bersebelahan dengan Padang Merdeka. Bangunan ini asalnya bank "The Mercantile Bank of India Limited" yang beroperasi pada tahun 1912, ia juga dikenali sebagai Bank Kerapu kerana keadaaan dinding bank tersebut ditampal dengan simen berkerutu dan tidak licin.

Pada tahun 1981 Kerajaan Negeri Kelantan mengambil alih bangunan tersebut bagi kegunaan Perbadanan Muzium Negeri Kelantan dan tingkat atas dijadikan Dewan Kraftangan. Tahun 1991 ditubuhkan "Memorial Perang Dunia Kedua” dan digunakan sepenuhnya sebagai tempat pameran kesan-kesan sejarah Peperangan Dunia Kedua (1941-45).

Muzium ini mempamerkan artifak, gambar-gambar mengenai sejarah peperangan Dunia Kedua secara ringkas khususnya di Negeri Kelantan yagn merupakan permulaan Perang Dunia Kedua di Tanah Melayu bermula di Kuala Pak Amat Kota Bharu pada awal 8 Disember 1941 dengan menerima serangan pertama tentera Jepun.

Matlamat penubuhan Muzium Perang ini ialah menampilkan kesan Peperangan Dunia II di Kelantan iaitu pada 1941 - 1945, juga bagi memperingati peristiwa sejarah penting bagi Negeri Kelantan dan menimbulkan kesedaran cintakan keamanan sejagat, semangat kebangsaan, perjuangan untuk mencapai kemerdekaan dan penubuhan Malaysia.

Bayaran masuk ke Muzium Perang ialah RM2 untuk orang dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak. Muzium ini dibuka pada setiap hari kecuali hari Jumaat bermula jam 8.30 pagi hingga 4.45 petang.

Bermula dari 18 Disember 2017 hingga 18 Januari 2018 Muzium ini ditutup sementara bagi penyelenggaraan.

Lokasi Muzium  Perang adalah sebagaimana berikut

{google_map}6.131842,102.235441|width:800|height:400|zoom:16{/google_map}

Ikuti perkembangan terkini mengenai Muzium Negeri Kelantan dengan "like"  FB Page https://www.facebook.com/perbadananmuziumnegerikelantan/  atau jadi rakan fb Muzium Negeri Kelantan di https://www.facebook.com/muzium.kelantan.35

Lebih banyak artikel..

  • myGOV
  • Kerajaan Negeri Kelantan
  • Jabatan Perkhidmatan Awam
  • MAMPU
  • MSC Malaysia
  • mySMS 15888
  • MyID