=

Muzium Kraftangan

Muzium Kraftangan

Bangunan Muzium ini siap dibina pada 9 Mac 1991 dan kemudiannya dikenali sebagai Kampung Kraftangan. Ia terletak di sebelah Jalan Hilir Kota bersebelahan dengan Istana Balai Besar.

Muzium Kraftangan dirasmikan oleh DYMM Raja Perempuan Kelantan pada 27 Julai 1991. Ia menjadi satu langkah awal dalam pembangunan semula industri kraftangan Kelantan di samping mempamerkan bahan-bahan kraftangan yang telah dilupakan oleh sesetengah golongan muda pada ketika ini. Antara koleksi-koleksi yang terdapat di sini ialah anyaman beraneka jenis, berbagai corak batik juga dengan sulaman dan tenunan songket.

Bangunan ini menonjol keistimewaannya dari segi rekabentuk tradisi dengan menggunakan ukiran-ukiran bunga tempatan. Bahan-bahan mentah pula boleh dikatakan keseluruhannya dari Negeri Kelantan sendiri seperti buluh, kayu, atap dan lain-lain lagi. Di sini juga terkumpulnya hasil seni buatan tangan masyarakat Melayu Kelantan sama ada untuk jualan mahupun pameran.

Matlamat penubuhan Muzium Kraftangan ini ialah memperkenalkan sejarah dan seni kraftangan di Negeri Kelantan melalui pameran. Adalah diharapkan juga akan menjadi pusat kajian dan penyelidikan mengenai kraftangan, kesenian dan warisan budaya Kelantan.

Bayaran masuk ke Muzium Kraftangan ialah RM2 untuk orang dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak. Muzium ini dibuka pada setiap hari kecuali hari Jumaat bermula jam 8.30 pagi hingga 4.45 petang.

Lokasi Muzium  Kraftangan adalah sebagaimana berikut

{google_map}6.132105,102.237967|width:800|height:400|zoom:16{/google_map}

Ikuti perkembangan terkini mengenai Muzium Negeri Kelantan dengan "like"  FB Page https://www.facebook.com/perbadananmuziumnegerikelantan/  atau jadi rakan fb Muzium Negeri Kelantan di https://www.facebook.com/muzium.kelantan.35

  • myGOV
  • Kerajaan Negeri Kelantan
  • Jabatan Perkhidmatan Awam
  • MAMPU
  • MSC Malaysia
  • mySMS 15888
  • MyID