=

GALERI KUALA KRAI.

GALERI KUALA KRAI telah disempurnakan perasmiannya oleh:-

Yang Teramat Mulia Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra D.K., S.P.M.K.
(Tengku Mahkota Kelantan)

Pada 10 Muharam 1436H Bersamaan 03 November 2014 (Isnin)

Muzium Negeri

Muzium Negeri

Muzium ini telah ditubuhkan pada tahun 1990 bertempat di bangunan lama Majlis Perbandaran Kota Bharu, Jalan Hospital yang telah diwartakan sebagai salah sebuah bangunan bersejarah dibawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 (AKTA 645)

Muzium Adat Istiadat (Istana Jahar)

Muzium Adat Istiadat Di Raja Kelantan Dan Balai Senjata

Muzium Adat ini telah ditubuhkan pada tahun 1992 bertempat di Istana Jahar yang merupakan istana tempat bersemayan Al-Marhum Sultan Ismail Ibni Sultan Muhammad ke IV (1920 – 1944). Bangunan ini merupakan bangunan yang menjadi hak milik PMNK dan telah diwartakan sebagai bangunan bersejarah Negeri Kelantan pada 2005 (AKTA- 645).

Disini di pamerkan Adat Istiadat DiRaja seperti; pertunangan, perkahwinan, melenggang perut, adat pijak tanah dan lain-lain yang berkaitan.

Bangunan ini sendiri telah melambangkan senireka bangunan dan hiasan istana kesultanan Kelantan yang terkenal itu.

Pada bahagian belakang bangunan istana ini terletak Balai Senjata yang mempamerkan alat-alat senajata lama Negeri Kelantan seperti keris, lembing, badik, kelewang dan lain-lain senjata.

Muzium DiRaja (Istana Batu)

Muzium DiRaja (Istana Batu)

Istana ini pernah menjadi tempat persemayaman Al-Marhum Sultan Yahya Petra Ibni Al- Marhum Sultan Ibrahim, semasa Baginda sebagai Tengku Mahkota Kelantan. Dibuna daripada batu yang merupakan terawal di Kota Bharu menjadi milik KDYMM-Sultan Kelantan. Pada tahun 1991 KDYMM- Al Sultan Kelantan telah memberi ampun-perkenan untuk dijadikan sebuah muzium yang dikenali sebagai “Muzium Diraja”.

Di muzium ini mempamerkan Sejarah Kesultanan Kelantan sejak awal hingga sekarang termasuk salasilah, penulisan-penulisan, rajah-rajah, gambar-gambar, pakaian-pakaian rasmi, barang-barang hadiah dan lain-lain yang berkaitan dengan Kesultanan Kelantan.

Muzium ini terletak di Jalan Hilir Kota Bharu bersebelahan dengan Kampung Kraftangan dan Istana Balai Besar.

Muzium Kraftangan

Muzium Kraftangan

Muzium ini terletak pada bangunan dalam Kompleks Kampung Kraftangan yang terkenal sejak turun temurun seperti berjenis-jenis batik, tenunan songket, barangan perak, sulaman, anyaman dan juga ukiran kayu.

Muzium Islam

Muzium Islam

Muzium Islam ditubuhkan pada tahun 1991 beroperasi pada bangunan lama Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) terletak di Jalan Sultan Kota Bharu bersebelahan dengan Masjid Muhammadi, Padang Merdeka dan Memorial Perang Dunia Kedua (Bank Kerapu). Pameran yang diadakan disini ialah koleksi artifak, gambar-gambar, rajah-rajah yang berkaitan dengan sejarah kedatangan Islam ke Kelantan dan juga Nusantara, tokoh-tokoh agama Islam, Jabatan Agama, Majlis Agama Islam Kelantan dan berbagai koleksi dari Negara-negara Islam.

Muzium Perang (Bank Kerapu)

Memorial Perang Dunia Kedua (Bank Kerapu)

Bangunan yag diisikan dengan Peringatan Peperangan Dunia Kedua ini ditubuhkan pada tahun 1991 terletak di Jalan Sultan bersebelahan dengan Padang Merdeka. Bangunan ini asalnya bank The Mercantile Bank of India Limited yang beroperasi pada tahun 1912. Tahun 1981 Kerajaan Negeri Kelantan mengambil alih bangunan tersebut bagi kegunaan PMNK dan tingkat atas dijadikan Dewan Kraftangan. Tahun 1991 ditubuhkan "Memorial Perang Dunia Kedua” dan digunakan sepenuhnya sebagai tempat pameran kesan-kesan sejarah peperangan Dunia Kedua (1941-45) oleh PMNK.

Muzium ini mempamerkan artifak, gambar-gambar mengenai sejarah peperangan Dunia Kedua secara ringkas khususnya di Negeri Kelantan yagn merupakan permulaan Perang Dunia Kedua di Tanah Melayu bermula di Kuala Pak Amat Kota Bharu pada awal 8 Disember 1941 dengan menerima serangan pertama tentera Jepun.

  • myGOV
  • Kerajaan Negeri Kelantan
  • Jabatan Perkhidmatan Awam
  • MAMPU
  • MSC Malaysia
  • mySMS 15888
  • MyID