=

Perutusan Pengarah


YABrs MOMAHAD NAZWAN BIN ISMAIL

Pengarah Perbadanan Muzium Negeri Kelantan

PERUTUSAN PENGARAH PMNK

 

 Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah. S.W.T kerana laman Web Perbadanan Muzium Negeri Kelantan dapat dibangunkan bagi menyalurkan atau member segala infirmasi mengenai PMNK.

 

Muzium adalah sebuah institusi pendidikan tidak langsung dalam member maklumat sejarah dan kebuadayaan negeri Kelantan khususnya melalui pameran-pameran. Pengunjung berpeluang mengenali sejarah negeri Kelantan menerusi pengisian galeri-galeri pameran dan program-program yang dianjurkan.

 

Sebagai menyahut ledakan ICT yang berkembang pesat, laman web ini diharap dapat bergerak selari dengan tuntuan generasi baru yang inginkan maklumat di hujung jari. Ini sudah tentu membuka peluang kepada seluruh pengguna internet seluruh dunia untuk mendapatkan segala infirmasi berkaitan dan seterusnya dapat berkomunikasi dengan muzium negeri Kelantan pada bila-bila masa sesuai dengan konsep “Paperless Technology” ke arah “Borderless World”.

 

Saya mengalu-alukan cadangan dan pandangan posotif bagi memantapkan lagi kandungan laman web ini untuk manfaat semua pihak.

 

Terima kasih kerana mengunjungi laman web PMNK.

 

“Kunjungilah Muzium”

 

MOMAMAD NAZWAN BIN ISMAIL

Pengarah

Perbadanan Muzium Negeri Kelantan

 

 

  • myGOV
  • Kerajaan Negeri Kelantan
  • Jabatan Perkhidmatan Awam
  • MAMPU
  • MSC Malaysia
  • mySMS 15888
  • MyID