• Soalan Lazim
  • Hubungi Kami
  • Aduan & Maklumbalas
  • Peta Laman

Perbadanan Muzium Negeri Kelantan
Jalan Hospital,
15000 Kota Bharu, Kelantan.

Tel   : 09-748 2266
Faks : 09-747 3366
Emel : muzium[at]kelantan[dot]gov[dot]my

Pengerusi

YB. Mejar (B) Dato' Haji Md. Anizam Bin Abd. Rahman (DJMK., JMK.)

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan,
Warisan dan Pelancongan Negeri Kelantan
 
 

PERUTUSAN PENGERUSI PMNK

 Assalamualaikum W.B.T

Alhamdulillah setinggi-tinggi lafaz kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah S.W.T atas limpahan nikmat dan rahmat serta izinnya laman web PMNK dibangunkan.

Selaku pengerusi PMNK, saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada ahli-ahli Lembaga Perbadanan Muzium Negeri Kelantan dan semua warga Muzium yang telah memberi komitmen yang tinggi dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti permuziuman secara berkualiti dalam laman web PMNK ini.

Akhir kata saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam memartabatkan muzium sebagai gedung ilmu dan sumber aspirasi kepada mesyuarat dalam mengenal sejarah dan kebudayaan dan adat resam negeri Kelantan Darulnaim.

 

YB Mejar (B) Dato’ Haji Md. Anizam Bin Abd. Rahman

Pengerusi Toggle editor
Perbadanan Muzium Negeri Kelantan
Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan Dan Pelancongan Negeri Kelantan

 

  • Sebagai gedung ilmu bagi menyebarkan pengetahuan di samping memberi hiburan dan sumber aspirasi kepada masyarakat dalam mengenal sejarah, kebudayaan, adat resam dan kekayaan semulajadi negeri Kelantan
  • Sebagai penyelamat dan penyimpan warisan sejarah dan kebudayaan bagi tatapan generasi akan datang
  • Menjadi pusat rujukan utama kepada pelajar dan sesiapa yang berminat terhadap sejarah, kebudayaan, adat resam dan alam semulajadi negeri Kelantan
  • Menggalak dan menarik minat masyarakat berbilang kaum mengenai asal-usul mereka bagi mewujudkan suasana harmoni dan mengeratkan perpaduan
  • Membantu dalam usaha mengembangkan industri pelancongan Negara

Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan yang cekal, berkualiti dan mesra di dalam tugas-tugas berikut :

  1. Mengadakan pameran tentang sejarah, budaya dan alam semulajadi Negara melalui : 
  • Pameran Tetap - berterusan
  • Pameran Khas – Minima 4 pameran setahun
  • Pameran Bergerak – Minima 3 pameran setahun 
  1. Permohonan pinjaman koleksi dijawab dalam 3 hari 
  1. Aduan Pelanggan dijawab dalam 3 hari 
  1. Permohonan lawatan berpandu ke muzium melalui : 
  • Surat – dijawab dalam masa 3 hari
  • Email – dijawab pada hari yang sama 
  1. Permohonan pembelian penerbitan melalui : 
  • Kaunter – diluluskan serta-merta
  • Surat – dijawab dalam masa 3 hari
  • Email – dijawab pada hari yang sama

VISI : 

Institusi Muzium yang cemerlang di Malaysia

 

MISI :

Melaksanakan semua aktiviti permuziuman secara berkualiti dan berkesan

 

Hakcipta Terpelihara © 2019 Perbadanan Muzium Negeri Kelantan
Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Mozilla Firefox atau Google Chrome yang terkini

Kemaskini Terakhir : Khamis 19 September 2019.