• Soalan Lazim
  • Hubungi Kami
  • Aduan & Maklumbalas
  • Peta Laman

Muzium Negeri

Latar Belakang Muzium Negeri

Muzium ini telah ditubuhkan pada tahun 1990 bertempat di bangunan lama Majlis Perbandaran Kota Bharu, Jalan Hospital yang telah diwartakan sebagai salah sebuah bangunan bersejarah dibawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 (AKTA 645).

Muzium Negeri telah dirasmikan pembukaannya oleh KDYMM Al-Sultan Kelantan pada 6 Ogos 1990. Muzium Negeri terletak bersebelahan Bulatan (Medan) Tuan Padang dalam kompleks bangunan Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu. Dalam kompleks yang sama juga terletak Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan (T.I.C).

Bangunan Muzium Negeri Kelantan adalah sebuah bangunan batu. Sebelum dijadikan Muzium ianya merupakan pejabat bagi Majlis Perbandaran Kota Bharu. Bangunan tersebut telah dibaikpulih dan dibuat beberapa perubahan sesuai dengan sebuah Muzium.

Tahun 1988 bahagian dalam bangunan Muzium ini telah diubah dengan menambah setengah tingkat lagi dan menyediakan ruang-ruang untuk membahagikan aliran cerita yang ditetapkan bagi Muzium ini. Aliran pameran Muzium negeri ini ruang awalnya mempamerkan sejarah negeri Kelantan semenjak awal hingga kepada era moden. Pada bahagian setengah tingkat di atas pula diadakan pameran mengenai Seni Budaya Negeri Kelantan termasuklah peralatan permainan wayang kulit, rebana ubi, makyong, menora dan lain-lain. Pada bahagian bawah bangunan pula selain ditampilkan Sejarah Negeri Kelantan ditempatkan juga pejabat am Perbadanan Muzium Negeri Kelantan, Pejabat Pengarah Muzium dan lain-lain bahagian.

Galeri Muzium Negeri

Replika gua-gua bersejarah di Negeri Kelantan

Sudut Pameran Dikir Barat

Sudut Pameran Wayang Kulit Kelantan

Sudut Pameran Wau Kelantan

Sudut Permainan Congkak

Koleksi alat-alat muzik tradisional negeri Kelantan

Sudut Pameran Silat Melayu

Koleksi alat muzik tradisional Rebana Ubi

Diorama Permainan Tradisional rakyat Kelantan

Statistik Pengunjung

0
Pelawat Bulan April
0
Pelawat Tahun 2019
0
Pelawat Tahun 2018

Matlamat penubuhan ialah menampilkan sejarah dan budaya Negeri Kelantan untuk tatapan umum.

Bayaran Masuk
RM2 untuk orang dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak. Manakala pengunjung antarabangsa pula bayarannya ialah RM4 untuk orang dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak.
Waktu Operasi
Muzium ini dibuka pada setiap hari kecuali hari Jumaat bermula jam 8.30 pagi hingga 4.45 petang.

Peta Lokasi

Hakcipta Terpelihara © 2019 Perbadanan Muzium Negeri Kelantan
Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Mozilla Firefox atau Google Chrome yang terkini

Kemaskini Terakhir : Wednesday 20 November 2019.